Saturday, February 27, 2010

Secret of Solat

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah (s.a.w) duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :
"Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu mengenai kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa (a.s) yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."



Lalu Rasullullah (s.a.w) bersabda: "Silakan bertanya."
Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."
Bersabda Rasullullah (s.a.w) :

1. Sembahyang Zuhur semasa waktu tergelincirnya matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya"

2. Sembahyang Asar ialah saat ketika Nabi Adam (a.s) memakan buah Khuldi,

3. Sembahyang Maghrib adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam (a.s), maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah (s.w.t) akan mengkabulkan permintaannya.

4. Sembahyang Isya itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku.

5. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap-tiap orang kafir.




Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah (s.a.w) maka mereka berkata:
"Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang."

Rasullullah (s.a.w) bersabda:

Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,

1. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.

2. Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.



3. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan doanya.

4. Sembahyang Isya' Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah (s.w.t) haramkan dari terkena api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.

5. Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
Akan di bebaskan dari api neraka dan dari nifaq.



-------------------- Pls read, copy, print, distribute, Insy'Allah Allah will bless you.



Friday, February 26, 2010

Menangis kerana Allah s.w.t

Rasulullah (s.a.w) telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka bagi orang yang menangis kerana takut kepada Allah sepertimana air susu kembali ke tempat asalnya."


Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan di datangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah di perintahkan untuk di masukkan ke dalam neraka.


Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad (s.a.w) telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."


Akhirnya Allah s.w.t mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t .



Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud ;

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)


Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar suara api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."


Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah mengambilnya. Berkata Jibril a.s , "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.


Setelah itu Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.


Telah bersabda Rasulullah s.a.w, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."




visit us @ www.ATFAL-kids.com

Pembela di Akhirat (Al Quran)

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."


Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."




Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?"
Maka orang yang pernah membacanya akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."



Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan memimpin orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian di letakkan mahkota yg sangat cantik di atas kepalanya.



Pada kedua ibu bapanya (yang muslim) diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amalan kami tidak sampai ini?"

Lalu di jawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

--------------------(Print this page and distrubute)



Wednesday, February 24, 2010

Maulidur Rasul @ ATFAL

Allhamdulilah, Thank You to Allah (swt) for giving us the opportunity to celebrate Maulid Rasul again this year.


On the 12th Rabiul Awal of every year, this honored and glorified memory of the Maulid Rasul shines over the universe and is commemorated by the entire Muslim world.



ATFAL take this opportunity to celebrate together the Birthday of the greatest man on the history of the mankind (Nabi Muhammad s.a.w).



Maulid Rasul was celebrated a day earlier at ATFAL due to Public Holiday. It was blessed from Allah, cheerful and beautiful celebration.



Our Young caliph wear beautiful “Malay traditional costume” Baju Kurung and Baju Melayu. We said “selawat” to our beloved Prophet Muhammad s.a.w during the morning assembly.




And During Class time, Teacher read story of the history of our belevod Prophet Muhammad s.a.w, Then we completed the "The Last messenger" coloring worksheet.
As Usual ATFAL conducted Marhaban in the hall room and teacher giving away the Maulid Rasul's Potpourri to young caliph.



Potpourri (pandan leave + flowers + candy) inside pic bellow.


We also watched the movie "Muhammad (s.a.w) the last messenger", this movie give some idea to our young caliph the history of the 1st revelation and the Prophet Muhammad (s.a.w) compassion to teach islam to mankind. In the movie also showed how the muslim was tortured by Quraisy for being Prophet Muhammads' follower. This to show to young caliph apperciation that they were born as muslim unlike those whom sacrifice thier family, life and everything in early days to become a muslim.



Insy'Allah by having activities on this day, will help to our young caliph to understand the important history behind the Maulidur Rasul celebration.


(Al Ahzab ; ayat56)
"Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat memberi segala penghormatan dan kebaikan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."


"Sallallahu Ala Muhammad, Sallallahu Ala'i Wassalam".
Let us Salawat to show our love and respect to our beloved Prophet Muhammad s.a.w




visit us @ www.ATFAL-kids.com








Tuesday, January 19, 2010

A compliment letter

Allhamdulillah, we have received a compliment letter from one of our ex student's mother. It's worth the effort to noruish our students with the vaulable knowledge and islamic values. ATFAL's Teachers and Mgmt, Indeed really proud of it. Insy'Allah, with the support from parents ATFAL will continously to provide the best preschool education services to our young caliph. Insy'Allah, Fisabilillah..



A Compliment letter from Batrisya's parent :

************************************************************************************

Ribuan terima kasih dan taniah kepada Pn Lina diatas penubuhan Tadika Atfal.

Disini keberkesanan tentang aspek kerohanian, keagamaan dan cara hidup islam amatlah diutamakan sebagai garis panduan buat anak kami.

Saya sungguh teruja diatas perkembangan salasiah anak saya. Walau pun anak saya tidak menunjukkan prestasi yang terselah dalam akademik, tapi saya bersyukur kerana tadika ini banyak menanamkan sikap yang positif kepada anak saya.

Walaupun tidak kesempatan untuk menghantar anak saya pada tahun ini ditadika atfal, saya amatlah mengalukan ibubapa untuk menghantar anak mereka kesini.

Insy'Allah akan saya khabarkan kepada kawan - kawan. Akhir kata, thanks a lot for teachers and management.

Batrisyia tidak lupa cikgu-cikgunya... asyik tanya bila sekolah aftal nak buka... kakak nak sekolah sana pulak. Kadang 2 saya rasa bersalah. Tapi untuk kebaikan kami sekeluarga kami terpaksa hampakan harapannya.

Semoga pergorbanan kami di balas oleh Allah untuk menjadikan anak kami anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah kalu panjang umur jumpa Basyirah di tahun akan datang.


Wassalam Azira.

*******************************************************************************************







All the best to you and may Allah swt bless you.



visit us online @ www.ATFAL-kids.com

Saturday, January 9, 2010

Khalifah Week @ ATFAL

On the first week ATFAL's students learned new word “Khalifah”.
During classes Teacher told that we are all Khalifah of Allah. That’s mean we all must help Allah s.w.t to do good thing in this world.

Teacher said we all have to make ourself good, than help others to be good and ultimately help to make the world clean, beautiful and better place to live in. Teacher also said that as a Khalifah we all must listen to teacher and pay respect to elder people.


We all had fun activities in ATFAL, coloring, writing, sing songs and many more. We recite doa together before and after eat to show apperciation to Allah for the food given. Also we read doa before enter and leave the house. Teacher said read doa to get Allah's blessing and avoid from satan. Teacher said that satan is our truly enemy and will lead us to hell.
We recite Dzikir at the end of class and watch movie about good Khalifah. We really enjoyed the day in ATFAL.


On the first week @ ATFAL, Teacher will emphasis on the Good Khalifah and Sunnah of Prophet Muhammad (saw).
Teachers have started to use Khalifah Method in the classroom, Meaning teacher have to be firmed and trained the children to be independent.
InsyAllah, During the process parents will notice positive changes in term of behavior and attitude of our young caliph.


Visit us online @ www.ATFAL-kids.com

Wednesday, January 6, 2010

ATFAL's Team Building @ Genting

Allhamdulilah, This year ATFAL conducted Team building trip at Genting Resort. It has been time waiting for all the teachers. Time spent in Genting was Fun and full of excitement. This year team building focusing into bridging teacher, to get know each another better and to build excellent communication among ATFAL's Teachers, principal and Mgmt. Also this session give chances for new teacher to know others better.

Here where the story begin ; )

We all took bus from LRT Putra station and reach cable car @ 2.30pm, Shuttle bus came to pick up and finally we reach the resort at 2.45pm (sorry no pic - camera left in the car) The room is spacious and the view is fantastic.

On the first day, the activities focus on the effective communication skills, how to gather information and emphasis on the soft skills. Next activities was focused on the real issue scenario @ ATFAL and teacher got chances to come out with the root cause analyst and idea for improvement. The main idea is to get teacher work together in a team and contribute ideas. We really had fun. (sorry no pic.. camera low batt)

The next day, we all wake up early to catch morning breeze while having breakfast near the small river side.

Breakfast(sandwich) was prepared by T Zura, T Lea & T Wani. Pic bellow (posing at the bench while having bfast with fantastic scenery - subhan'Allah)
After good b'fast we had a heated argument of group activities (both team tried to win free pass to Genting outdoor theme park). This activity is simulation of the real incident and issue occurred throughout the year, as 1 team act as a parents and another team as a teacher try to take control of the situation. Its really interesting and Fun ;-) and finally the winner is T Lea and gang defeated T Jun and team.... ( 5 - 3 )
Next activity, to set 2010 team goals! Pic above T Jun & T Az jotting down the team's 2010 goal. While T Lea, T Zura & T Wani give their presentation final cosmetic touch.(pic bellow)
T Jun and team possing next to thier 2010 Goal presentation (pic bellow)

Not to miss T Lea and team also possing next to thier 2010 Goal presentation (pic bellow)



Setting a Team's goal is common activity during the Team building program, Insy'Allah by setting the team goals the team will have a clear picture of their direction and has set an improvement plan to meet their goals.
On the last day, wrap up & award giving session, This year we are proudly to announce that best teacher of the year 2009 belong to "T Jun" - big applause!! (pic bellow)
T Jun started with ATFAL on 2008, with her deep passion on the children and willingness to learn and strive more, she has been nominated as role model teacher for 2009. a humble, kind hearted and cheerful person, she has gained respect among teacher and principal. Again we would like to congrats T Jun for her dedication throughout the year.
Pic taken bellow - teachers having fun in the swimming pool.


Each year, we are striving to be the best Islamic kindergarten to provide the quality preschool education service to our young caliph. Insy'Allah with the teacher’s dedication and hard work we will keep climbing to our goals. Allhamdulilah this team building session has given a jump start for a teacher to excel and strive for the best. Insy'Allah :-)


visit us @ www.ATFAL-kids.com